Isnin, 13 Februari 2012

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Besar telah diasaskan oleh Tuan Haji Abd. Mutalib b Abd Latif, Ketua Kampung Kg Sg Besar pada 1948. Pada 3 April 1948 sebuah bangunan beratapkan daun nipah siap didirikan dengan kerjasama penduduk kampung. Bangunan tersebut menampung seramai 71 orang murid dan dikelolakan oleh seorang guru. Pada 16 Oktober 1959, pihak Jabatan Negeri Perak telah menaik taraf bangunan dengan menggantikan tiang-tiang usang dan membina lantai simen. Pada tahun 1971, bangunan tersebut dinaik taraf sekali lagi di bawah peruntukan Rancangan Dasar Ekonomi Baru menempatkan bilik Guru Besar dan pejabat sekolah dan siap dibina pada 14 Ogos 1971 yang kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Besar Perak. Pembinaan bangunan tambahan telah dibina di belakang bangunan sedia ada bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah.Ianya telah siap dibina pada 19 Julai 1976 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak pada masa itu. 
Sehingga kini Sekolah Kebangsaan Sungai Besar telah melahirkan murid-murid yang berjaya dari segi akademik dan sahsiahnya.